Friday 9 December 2011

Setelah Sekian Lama

Assalamualaikum dan salam ceria untuk semua...Maaf sebab sudah lama saya tak berkunjung dan update blog yang satu nie...Untuk pengetahuan semua sepanjang bulan Jun, Julai dan Ogos 2011 saya telah mengambil cuti bersalin anak kedua saya...Syukur alhamdulillah saya dikurniakan anak perempuan yang diberi nama Nur Qaleesya Arissa...Bulan ini sudah genap usianya 6 bulan dan anak kecil ini sudah pandai meniarap...

Setelah mula bekerja pada bulan September lepas, saya juga telah mengambil beberapa tempahan chocolate...Syukur alhamdulillah rezeki tak putus untuk kami sekeluarga...Anak-anak dan suami juga sungguh memahami dan ada kalanya membantu saya membuat chocolate yang ditempah...

Antara tempahan chocolate yang saya terima dan sempat saya ambil gambar adalah seperti di bawah nie...

 Tempahan dari Sharinawati, Bandar Petri Jaya, Kota Tinggi untuk majlis potong jambul anak saudaranya...

Tempahan dari Nurfatehah, Taman Daya untuk kawan baiknya...

 Tempahan lagi dari Nurfatehah untuk sahabatnya Mira...

Dan yang ini merupakan projek terbaru saya...Menghasilkan Lolichoc yang crunchy...Lolichoc nie memang sesuai untuk dijadikan goodies untuk majlis kenduri kahwin atau birthday party...Ada banyak pilihan edible image yang boleh dipilih...Harga yang saya tawarkan juga berpatutan...

Sekiranya ada yang berminat untuk menempah boleh la hubungi saya di talian 013-7660226...Saya akan lakukan yang terbaik seperti yang anda semua inginkan...Insyaallah...

No comments:

Post a Comment